Friday, 15 May 2015 @ 10:49 pm
+ comment (0)

Assalamualaikum to all muslims and hello to everyone.
Minggu lepas, aku baru terfikir.
"Hidup ni bebas. Hidup aku, cara aku.
Ikut suka aku, ikut suka orang lah nak fikir apa.
Janji semua orang bahagia."
Aku rasa betapa mudahnya dunia ni, betapa senangnya
nak tempuhi hidup ni sebelum mati. Betapa kerdilnya
orang sekeliling aku, memikirkan orang-orang yang
malang, yang membazirkan masanya sibuk 
memikirkan tentang perkara-perkara yang negatif
dan memutuskan sel otak.

Beberapa hari lepas, tiba-tiba aku berubah.
"Ya Allah, apa yang aku dah buat ni? Ray,
hidup ni tak lama. Dunia ni penjara
kehidupan. Better isi masa beribadat daripada
duduk melongo tenung TV."
Aku jadi insaf apabila melihat sikap masyarakat
sekeliling yang memalukan. Aku terasa macam
ajal sudah pun duduk di sebelah aku, cuma menanti
bila nak penggalkan jasad dan nyawa aku. Aku 
mulalah minta maaf dengan semua orang,
menyesali perbuatan aku. Hidup memang tak lama.
Kenapa nak bazirkan dengan - kekosongan?
Fikir aku.

Semalam, aku berubah lagi dengan fikiir,
"Gelapnya dunia ni! Kenapa aku ni tak berguna
sangat? Apa fungsi hidup ni sebenarnya? Kenapa
aku tak boleh buat apa-apa? Kenapa masa kena
wujud?!! Apa hal ni!! Kenapa aku ada di sini,
kenapa aku wujud? Aku tak berguna langsung,
jadi apa fungsi kewujudan aku?"
Lebih kurang macam tu lah. Waktu pemikiran yang
macam tu datang, terasa macam nyawa murah sangat.
Nampak semua benda macam senjata pembunuhan.
Semua benda jadi gelap-gelita, mata hati aku jadi buta.
Terasa macam nak koyakkan semua benda,
terasa macam nak baling semua benda, sebab
semua benda dah hilang nilainya. Semua orang dah
takde nilai bagi aku, pada waktu macam tu.

Tiba-tiba, tadi, aku fikir pula,
"Pfftt. Indahnya dunia ni. Jom berseronok!"
Dan matahari kelihatan lebih besar, dan bulan
kelihatan bersinar lebih terang. Senyuman menjadi
murah dan tawa aku menghiasi ruang. Indah sangat.

Kompleks kan?
Jadi macam mana aku nak lari daripada
pemikiran-pemikiran aku yang pelik
ni sebenarnya?
Senang je.


Aku menulis,
dan tiba-tiba semuanya okey.


Sekian.

+ comment (0) | back to top?



Hey. You may call me Ray. I am Malaysian and proud to be the last 90s. Still young. Currently, in love with a few English bands like FOB, MCR, Skillet, Green Day, Simple Plan, BunkFace, One OK Rock, Alexandros and etc etc. Also like anime and good music. Life is quite busy lately but hey I still have to enjoy it before it ends right? Ask anything at Cbox! Woohoo!


Meganefetishh
Hana
Nichi
ShiroUsagi
Laika
Are-Qil
Apple
Dikna
Syira
KawaiiGurlz Rifa
Syafiya
Nai
Misaki
ChikiEnna


Najian
Maria
NadhiELF
HanaFlameHaze
AiSenpai
Ann
Kechek
Fara
HK
VivianIbra AnaLoque
Syahril
Anis
Ay
link

November 2012
December 2012
January 2013
February 2013
March 2013
April 2013
May 2013
June 2013
July 2013
August 2013
September 2013
October 2013
November 2013
December 2013
January 2014
March 2014
April 2014
May 2014
June 2014
July 2014
August 2014
September 2014
October 2014
November 2014
December 2014
January 2015
February 2015
March 2015
April 2015
May 2015
July 2015
August 2015



designer
designer (blog)
code (navigations)
code (menus)
pattern
font
brushes
software